Tentang Kami

AD Mega Hardware ditubuhkan pada tahun 2000 oleh En Abd Halim bin Ali, yang memulakan perniagaan alatan perkakasan bina rumah pertamanya di Terengganu bertujuan untuk membekalkan alat perkakasan berkualiti tinggi dan bahan binaan kepada pelanggan industri dan isi rumah.
Dengan lebih daripada 2 dekad sejak ia ditubuhkan, AD Mega Hardware telah berjaya mengembangkan kedai rangkaian perkakasannya sehingga mempunyai 7 buah cawangan di sekitar Terengganu iaitu di Kampung Paloh, Manir, Gong Datok, Bukit Payung, Kuala Berang, Jerteh dan juga Kemaman.
Hari ini, AD Mega telah menjadi kedai perkakasan yang menawarkan penyelesaian untuk semua keperluan perkakasan anda. Dapatkan pelbagai alat perkakasan di kedai kami termasuk bahan binaan, aksesori taman, alat tangan, paip sink dapur, penyimpanan air, dan banyak lagi dari mana-mana cawangan AD Mega.
Kami juga telah menjalankan beberapa projek perumahan di bawah syarikat AD Mega Construction menggunakan bahan binaan dan cat-cat yang berkualiti tinggi daripada AD Mega Hardware dan AD Mega Paint.
Selain daripada membekalkan alat perkakasan dan bahan binaan, AD Mega juga membekalkan pelbagai produk perkakasan terkini yang komprehensif meliputi:

Pembekal Terbesar Di Terengganu

Produk Berkualiti Tinggi & Tahan Lama

Pelbagai Jenama Untuk Dipilih

Harga Yang Kompetitif Untuk Pengguna

Visi AD Mega

Menjadi Pembekal Bahan Bangunan dan Perkakasan terbesar di Terngganu Khususnya dan Seluruh Malaysia Amnya.

Misi AD Mega

Kami berhasrat untuk menyediakan pelbagai perkakasan yang berkualiti serta harga yang kompetitif kepada pelanggan kami.