09-626 3979

Hubungi Kami

Kuala Terengganu

Kampung Padang Paloh

10 Idea Warna Cat Luar Rumah Kampung

warna cat luar rumah kampung
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Umum diketahui kampung digambarkan memberi ketenangan apatah lagi warna cat luar rumah kampung dipilih dengan warna yang sesuai.

Warna cat yang harmoni dan sesuai akan membuatkan rumah-rumah di kampung lebih menarik dan senang melihatnya. 

Rumah-rumah di kampung selalunya memiliki warna-warna yang ceria seperti hijau, biru dan coklat. Penggunaan cat luar rumah kampung penting kerana ia mengambarkan identiti pemilik rumah itu sendiri. 

Ada juga pemilik rumah mengabaikannya kerana tidak tahu atau tidak ambil kesah kepentingan warna cat luar rumah.

Kami akan kongsikan persiapan yang wajar dilakukan sebelum cat rumah kampung dan warna-warna cat luar rumah yang menarik digunakan.

 

Perkara Yang Patut Dibuat Sebelum Cat Rumah Kampung

Rumah di kampung, mereka memiliki pelbagai jenis rumah seperti kayu, simen dan batu. Rumah ini sama saja preparation yang perlu dilakukan seperti di bawah: 

     

      1. Tentukan Bilangan Tong Cat Diperlukan

    bilangan tong cat

    Anggarkan bilangan tong cat yang diperlukan bagi memastikan anda dapat cat rumah dengan mudah dan tidak tertangguh.

       

        1. Bersihkan Permukaan

      Tahukah anda, sebelum mengecat adalah lebih baik anda bersihkan permukaan dinding dari sebarang benda asing dan habuk. 

      Jadi, permukaan dinding akan lebih smooth dan mudah untuk dicat. Cat pon tidak akan mudah tertanggal.

         

          1. Melicinkan Permukaan

        melicinkan permukaan

        Sebelum cat, bersihkan permukaan dinding dan kayu bagi mengelakkan permukaan yang tidak rata pada bahagian yang akan di cat. 

        Cat dinding konkrit memerlukan lapisan under layer untuk menghilangkan lapisan cat lama dan membuatkan cat baru dapat diserap. 

        Permukaan kayu pula perlu digosok di atas kertas pasir. Hal ini kerana, lapisan baru yang terhasil akan membuatkan ia menyerap cat baru. Ini lebih membantu untuk melindungi dinding agar tahan lama dan tidak rosak.

           

            1. Sealer/Primer

          Sealer digunakan untuk melindungi lapisan perlindungan di antara dinding cat asal dengan lapisan cat. 

          Primer pula bertindak untuk menutup kesan kotoran dinding dan menghalang cat dari meresap ke dalam dinding.

          Tips tambahan bagi rumah kayu:

              1. Tentukan Indoor atau Outdoor

            Kalau rumah kayu, ia lebih mudah nampak kusam sebab sering terpancar dengan matahari terik dan terkena hujan. 

            Anda mesti gunakan cat outdoor untuk rumah kayu  bagi memastikan cat tersebut tahan lama dan tidak mudah tertanggal.

               

                1. Warna Yang Ingin Digunakan

              warna cat luar rumah kampung

              Rumah kayu memerlukan kemasan seperti cat solid dan transparan. Cat solid akan menutup ira kayu, maka lebih baik menggunakan cat minyak. 

              Jika menggunakan transparan, ira kayu akan kelihatan. Maka, anda bolehlah menggunakan varnish atau syelek.

                 

                  1. Cara Mengecat

                Bagi rumah kayu, anda boleh memilih untuk mengecat menggunakan semburan atau sapuan.

                Bagi yang ingin menggunakan semburan cat, anda memerlukan peralatan khas bagi memastikan cat kena di kawasan yang ingin dicat dan melindungi diri.

                Cat jenis sapuan, anda boleh gunakan teknik M atau W. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

                   

                    1. Baiki Kerosakan

                  baiki kerosakan

                  Jika terdapat kerosakan pada permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. 

                  Ia salah satu langkap bagi melindungi kayu dari serangan serangga seperti anai-anai. 

                  Apabila ia dapat ditutup, permukaan kayu yang dicat menjadi lebih cantik dan kemas.

                   

                  7 Idea Warna Cat Luar Rumah Kampung 

                   

                  warna cat luar rumah kampung

                   

                  Idea Warna Cat Rumah Jenis Kayu:

                     

                      1. Warna Kayu Natural 

                    warna kayu natural

                    Warna kayu yang natural sudah menjadi pilihan kerana lebih selamat dan menonjolkan gaya kampung secara natural dan common di pandangan orang.

                    Warna cat seperti ini sama dengan original kayu. Ini warna selamat yang untuk anda yang prefer warna selamat.

                       

                        1. Warna Kayu Gelap

                      warna cat luar rumah kampung

                      Warna kayu gelap pula menampakkan aura moden kerana kemasannya. Antara warna yang menjadi pilihan seperti Black Mahogany, Walnut, Cocobolo dan Ebony.

                       

                          1. Warna Maroon

                        Warna maroon juga digunakan sebagai cat di luar rumah kerana seakan-akan dengan warna kayu cuma warnanya lebih menonjol dan kelihatan lebih meriah.

                         

                        Idea Warna Cat Rumah Jenis Rumah Batu/Simen:

                           

                            1. Warna Coklat Putih

                          warna coklat putih

                          Gabungan warna coklat dan putih akan membuatkan rumah terlihat manis dan elegan seperti rumah di Eropah. 

                          Boleh digabungkan dengan warna putih, coklat muda dan kelabu.

                             

                              1. Warna Kelabu

                            Warna kelabu turut sesuai digunakan kerana ia adalah warna yang selamat. Senang masuk dengan hiasan warna pagar dan warna bumbung.

                               

                                1. Warna Kuning Cair

                              Siapa kata warna kuning tidak cantik digunakan? Kuning cair sesuai dengan keadaan warna di kampung kerana membuatkan warna rumah lebih kelihatan.

                              Umum tahu, keadaan di kampung cenderung gelap apabila malam dan dikelilingi dengan sawah padi dan rimbunan pokok. Maka, ia akan lebih cantik warna cat sedikit kontra.

                                 

                                  1. Warna Hijau Muda

                                warna cat luar rumah kampung

                                Warna semulajadi seperti tanaman hijau yang lain memberikan keamanan dan tenang memandangnya. 

                                Ia kombinasi warna yang baik digunakan bagi penduduk di kampung kerana menampakkan lagi vibes di kampung.

                                Kesimpulannya, pemilihan warna cat luar rumah kampung yang bersesuaian dengan kualiti dan bajet wajar difikirkan. Jika tidak, anda perlu mengecat lagi semula jika cat tersebut tertanggal. 

                                Mungkin ada benda yang kurang senang akan terjadi kerana tidak berpengalaman, tapi ia dapat diatasi dengan perkongsian mengenai cat rumah.

                                logo ad mega hardware

                                Ad Mega Hardware merupakan pembekal dan penjual semua jenis bahan binaan, aksesori kelengkapan rumah dan pelbagai jenis cat serta kemasan dinding untuk siling dan kediaman anda. 
                                Kini, anda boleh dapatkan cat dengan segera apabila order di Ad Mega Hardware. Ada banyak pilihan yang boleh dipilih dan aksesori kelengkapan yang lain turut disediakan.