09-626 3979

Hubungi Kami

Kuala Terengganu

Kampung Padang Paloh

First Time Cat Rumah? Jom, Kami Kongsikan Tips!

cat rumah
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Rumah yang anda miliki dalam keadaan kurang memuaskan? Dinding rumah dipenuhi dengan contengan yang kurang senang dipandang? Teringin jadikan rumah idaman jadi kenyataan dengan cat rumah?

Jangan risau, semua itu dapat ditutup dengan menggunakan cat dan kemasan yang baru. Rumah anda juga akan kelihatan lebih menyerlah dan tampak baru!

Cat rumah sendiri semestinya menjadi pilihan kerana telah jimatkan sedikit kos daripada upah orang cat. 

Secara tak langsung, anda dapat belajar perkara yang harus disediakan sebelum mengecat dan tips yang mengecat rumah.

Jangan khuatir, kami telah kongsikan beberapa tips bagi first timer yang ingin cat rumah. Jom baca!

 

Buat 9 Perkara Ini Sebelum Cat Semula Dinding 

cat rumah
  1. Tetapkan Mahu Cat di Dalam Rumah Atau di Luar Rumah

Hal ni amat penting kerana anda boleh tetapkan bajet yang perlukan. 

Cat dalam rumah dan luar rumah mempunyai berbeza tahap ketahanan dan kelembapan dan harga.

 

  1. Pilih Warna Pilihan 
warna cat

Pastikan anda sudah membuat research mengenai warna pilihan yang anda inginkan mengikut tempat. Setiap ruang rumah berfungsi dengan lain-lain tujuan. 

Warna contoh yang boleh dijadikan panduan: 

Ruang tamu : Biru tua, Ivory atau Cream, Kelabu Cair + Putih.

Ruang Makan: Pink Pastel, Off white, Light brown.

Bilik Tidur: Emerald green, Pink pastel, Blue Pastel, Merah rubi.

Dapur: Hitam + Putih, Putih, Teal.

 

  1. Pilihan Cat

Ada sesetengah cat yang kurang bau, berbau hangit, berbau oren, berkilat dan ada yang tidak berkilat dan ada juga cat yang boleh disental balik lukisan kalau anak-anak conteng.  

Anda boleh dapatkan pandangan dengan kedai cat yang anda berurusan.

 

  1. Jenama

Lebih baik anda dapatkan cat yang berkualiti berbanding cat murah. Anda boleh pilih jenama yang bersesuain mengikut bajet dan keperluan yang anda inginkan.

Sebagai contoh, cat Jenama Jotun, Nippon, Dulux, Altis, Sumatex dan sebagainya.

 

  1. Kuantiti Cat yang Hendak Digunakan

Cara mudah untuk tahu kuantiti cat yang diperlukan ialah tentukan dahulu keluasan kawasan yang akan di cat. 

Untuk pengetahuan anda, 1L cat boleh meliputi 10 meter persegi untuk satu lapis cat.

 

  1. Persiapan Sebelum Mengecat

Sediakan checklist barang atau perkara yang perlu dibuat sebelum mengecat.

Pastikan barang seperti berus, bekas cat, roller, alas plastik, tangga dan surat khabar telah dibeli dan disediakan. 

Jangan lupa, gunakan pakaian yang lama semasa mengecat sebab ada kemungkinan baju anda akan kotor!

 

  1. Permukaan Dinding 
permukaan dinding

Rumah-rumah di Malaysia, kita menggunakan dinding jenis kayu, batu dan simen. Oleh itu, beli cat yang bersesuaian dengan material dinding.

Jenis cat ini telah dikhususkan untuk melindungi permukaan dinding agar lebih tahan lama dan tidak rosak.

 

  1. Kosongkan Ruang 
kosongkan ruang

Pindahkan barang-barang ke tempat lain seperti perabot atau karpet yang akan menghalang pergerakan anda semasa mengecat.

 

  1. Bersihkan Permukaan Dinding

Dinding rumah anda mestilah dalam keadaan bersih sebelum di cat. Keadaan ini penting untuk memastikan anda dapat mengecat dengan mudah.

Bersihkan habuk dan sawang yang ada. Andai permukaan dinding tidak rata, gunakan kertas pasir.

 

Tips Mengecat Rumah Yang Anda Kena Tahu!

cat rumah

Sudah jelas mengenai perkara yang perlu dibuat sebelum mengecat? Jadi, mesti anda sudah bersemangat untuk mengecat rumah kan? Jom teruskan pembacaan.

 

  1. Kacau Cat Sebelum Mengecat
cat rumah

Cat perlu dikacau untuk memastikan warna cat tidak lari dan untuk elakkan sukar digelek pada roller cat.

Gunakan kayu atau besi bersaiz sederhana, ke atas dan ke bawah dan ke kiri dan ke kanan semasa menggaul cat supaya lebih sebati.

 

  1. Guna Teknik Mengecat W atau M
teknik mengecat

Cat dinding anda menggunakan roller ikut bentuk huruf W atau M. Tunggu lapisan pertama kering dan sambung mengecat lapisan kedua.

 

  1. Biarkan Dinding Kering

Tunggu ruang tersebut selama 2 jam untuk menjadi kering. 

Kemudian, barulah membuat lapisan kedua supaya cat menjadi lebih kemas dan tidak tertarik sekali.

 

  1. Sealer/ primer

Bagi pengguna yang tidak mengetahui fungsi sealer/primer, ia adalah lapisan asas untuk permukaan.

Sealer: 

  • Sapu pada dinding belum bercat sebelum primer.
  • Di sapu pada permukaan kontrik.

Primer: 

  • Sapu di dinding baru belum bercat.
  • Di sapu pada permukaan besi.

Undercoat: 

  • Di sapu selepas primer.
  • Untuk besi dan kayu.

Sealer amat penting bagi individu yang ingin tukar warna dinding gelap ke dinding cerah.

 

  1. Cuai Ketika Proses Kemasan dan Pembersihan
cat rumah

Ambil perhatian kerana selepas mengecat, anda akan kepenatan kerana baru pertama kali mengecat.

Tetapi, tidak bermakna anda boleh melupakan langkah ini. 

  • Penutup cat ditutup rapat supaya boleh digunakan pada masa akan datang.
  • Bersihkan cat sejurus habis gunakan. Biarkan ia kering di bawah cahaya matahari.
  • Titisan cat di lantai dapat dibersihkan selepas ia kering. Ia boleh dikikis menggunakan pengikis cat. 

 

Kesimpulannya, tips mengecat semestinya membantu first timer kerana mereka tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan semasa mengecat. 

Mungkin ada benda yang kurang senang akan terjadi kerana tidak berpengalaman, tapi ia dapat diatasi dengan perkongsian mengenai cat rumah.

logo ad mega hardware

Ad Mega Hardware merupakan pembekal dan penjual semua jenis bahan binaan, aksesori kelengkapan rumah dan pelbagai jenis cat serta kemasan dinding untuk siling dan kediaman anda. 
Kini, anda boleh dapatkan cat dengan segera di depan rumag apabila order di Ad Mega Hardware. Ada banyak pilihan yang boleh dipilih dan aksesori kelengkapan yang lain turut disediakan.