09-626 3979

Hubungi Kami

Kuala Terengganu

Kampung Padang Paloh

Kombinasi Warna Cat Rumah Terkini 2023

kombinasi warna cat rumah
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bila anda mencari artikel mengenai kombinasi warna cat yang sesuai, semestinya anda berniat untuk mengubah cat dinding yang ada di rumah bagi memberikan vibes yang baru.

Warna cat di rumah dapat mempengaruhi suasana hati dan perasaan penghuninya. Oleh kerana itu, penting untuk memilih kombinasi warna cat yang tepat untuk setiap ruangan di rumah. 

Sebagai inspirasi, kami akan kongsikan cara memilih skema warna, idea kombinasi warna cat terkini dan kesalahan yang cenderung dilakukan semasa melakukan kombinasi cat.  

4 Cara Memilih Warna Skema/Hiasan Dalaman

  1. Mencari Warna Inspirasi

Untuk cara mudah menentukan skema warna di suatu ruang, anda hanya perlu pilih pada imej atau item yang anda suka. 

Ini boleh jadi karya seni, permaidani kawasan, gambar dari influencer atau Pinterest yang anda lihat.

Gunakannya warna yang menarik pada pilihan dekorasi anda. Anda boleh gunakan beberapa warna untuk diconsider sebagai warna rumah! 

  1. Consider Color Value

Semasa memilih warna, anda perlu pertimbangkan nilai yang ada pada warna. Ia merujuk kepada kecerahan atau kegelapan warna yang ingin digunakan. 

Gabungan nilai dalam skema warna anda membantu mengekalkan palet berbilang rona daripada kelihatan huru-hara. 

Cuba pilih satu warna gelap, satu warna terang dan satu warna terang dalam setiap bilik.

  1. Plan Warna Hiasan di Rumah

Anda boleh mengambil langkah selamat dengan lukiskan pelan rumah anda. 

Kemudian, senaraikan barangan di dalam setiap bilik, seperti permaidani, warna dinding dan perabot. Bagi memudahkan anda bermain warna dengan barang yang ada.

  1. Cahaya Yang Masuk di Rumah

Warna ialah pantulan cahaya, jadi jumlah cahaya masuk ke dalam bilik akan memberi kesan yang ketara kepada skema warna. 

Anda boleh mencubanya dengan cara cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu dan lekapan ceruk mempengaruhi warna dalam fabrik, cat, perabot dan permukaan lain.

Idea Kombinasi Warna Cat Rumah

kombinasi warna cat rumah
  1. Warna Sage Green
warna sage green

Warna sage green ini telah menjadi pilihan warna cat yang cukup popular. Warna ini memberikan suasana yang menenangkan. 

Warna sage green boleh dipadankan dengan cream atau coklat muda bagi menambahkan  suasana nyaman di rumah. 

  1. Warna Neutral

Warna neutral seperti putih adalah warna yang selalu dipadankan di mana-mana rumah dan ruang kerana mudah untuk dipadankan dengan hiasan yang ada. 

Warna neutral sering digunakan sebagai interior rumah kerana lebih mudah dijaga dan dibaiki berbanding sebagai exterior rumah.

  1. Warna Biru Muda
warna biru muda

Bagi individu yang ingin menampak ruangan kelihatan sejuk, damai dan tenang, gunakan warna biru muda! 

Anda pasti tidak akan menyesal kerana ia salah satu warna popular yang sering digunakan dan mudah masuk dengan pelbagai barang hiasan. 

  1. Warna Clay Lembut
warna clay lembut

Warna cat ini memiliki beberapa ton seperti coklat muda, karamel, terracotta, hingga oren tua yang mudah diblend dengan mana-mana warna.

Warna-warna ini memberikan suasana santai, dan hangat. Bagi anda yang gemarkan tema klasik atau ala kampung, warna ini sesuai untuk anda.

  1. Warna Viva Magenta
warna viva magenta

Warna Viva Magenta yang merupakan salah satu Color of the Year 2023 dari Pantone. Ia merupakan satu rona warna yang berani dan berbeza seiring dengan zaman sekarang.

Rona merah yang terinspirasi oleh merah cochineal menjadi warna pilihan Pantone Color of the Year yang menciptakan nuansa bold.

  1. Warna Hitam Putih

Gabungan warna hitam dan putih sering digunakan oleh kaum lelaki bagi menampakkan elemen moden dan mahal. 

Warna ini menunjukkan warna yang kerap kali digunakan dan tidak lekang dek zaman kerana telah digunakan sejak dahulu lagi.

Kesilapan Semasa Memilih Kompilasi  Cat Rumah 

  1.  Menggunakan Warna Selamat

Warna selamat yang dimaksudkan ialah warna putih. Warna putih melambangkan bersih dan suci.

Namun, dengan penggunaan warna putih yang terlalu banyak pada bahagian dinding, perabot, langsir, sarung bantal dan sebagainya akan membuatkan rumah anda kelihatan boring dan kusam. 

Jadi, lebih baik anda gabungkan dengan warna lembut seperti hijau, pink atau biru bagi menampakan menceriakan suasana.

  1. Gandingan Warna Yang Tidak Sesuai

Anda perlu tahu bahawa tak semua warna tak sesuai digandingkan bersama. Ini melibatkan faktor ruangan sesuatu tempat di rumah. 

Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan.

Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai bagi mengelakkan rumah anda kelihatan sempit.

  1. Percahayaan Yang Kurang Sesuai
kombinasi warna cat rumah

Penting untuk mengetahui pencahayaan di waktu siang dan malam ketika di dalam rumah. 

Percaya atau tidak, ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman walaupon ditemani dengan cahaya lampu.

  1. Mengabaikan Warna Lantai
kombinasi warna cat rumah

Kepentingan warna lantai sama penting dengan warna bilik. Tahukah anda, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?

Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ruang dan membuatkan ia kelihatan janggal.

  1. Penggunaan Banyak Warna di Satu Ruang

Banyak sangat warna di satu ruang akan membuatkan ruang tersebut kelihatan serabut dan tidak menarik. 

Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang. Gunakan satu warna utama kira-kira 60% di dalam ruang.

Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakan kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.

  1. Gandingan Warna Kontra Yang Tidak Sepadan

Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana jika tersalah pilih, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa.

  1. Warna Terlalu Gelap

Perkara yang penting juga ialah elakkan pilih satu warna gelap sahaja untuk satu ruang, hiasan dan langsir. Hasilnya, ruang tersebut akan nampak gelap. 

Jika ingin juga menggunakannya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.

  1. Penggunaan Warna Terang Yang Berlebihan

Warna terang yang berlebihan akan mengganggu pandangan dan memberikan kesan kepada penghuni seisi rumah.

Seperti contoh, warna merah memberikan makna semangat dan berani.  Jika anda menggunakan warna merah secara berlebihan di kawasan bilik, ia memberikan rasa stress dan sukar untuk tidur. 

Semoga cadangan kombinasi warna cat rumah yang diberikan memberikan manfaat kepada anda semua yang tercari-cari idea yang boleh digunakan. 

Jangan Lupa Dapatkan Cat Rumah Berkualiti Di Ad Mega Hardware!

Selain dari cat, kami juga menawarkan penyelesaian untuk semua keperluan perkakasan anda termasuk bahan binaan, paip sink dapur dan banyak lagi.

Berikut adalah antara produk yang anda boleh dapatkan di kedai cat terbesar di Pantai Timur:

  • Cat Hiasan
  • Cat Kertas Dinding
  • Cat Lantai Industri
  • Perkakasan Paip
  • Bilik Mandi & Aksesori Dapur
  • Barangan Elektrik
  • Alatan & Perkakasan Lain