Bagi orang Pantai Timur yang tidak tahu lagi, kedai Ad Mega Hardware merupakan kedai cat terbesar di Pantai Timur!
Berita baik bagi mereka yang duduk di kawasan ini kerana tidak risau mencari barang-barang hardware ditempat lain! Ia sangat berguna terutamanya mereka yang ingin mencantikkan rumah.
Sebelum anda ke kedai cat terbesar di Pantai Timur, kami akan memberi anda beberapa tips pilih dan beli cat rumah untuk membantu anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
5 Tips Pilih & Beli Cat Rumah

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh guna semasa mencari cat di kedai cat terbesar di Pantai Timur. Sesuai sangat bagi mereka yang ingin cat bilik sendiri di rumah.
1. Warna Sesuai Untuk Bilik
Sebelum anda pilih warna cat di kedai cat terbesar di Pantai Timur , anda perlu memastikan jika warna tersebut sesuai dengan tempat yang anda ingin cat.
Ini kerana terdapat ruang di rumah yang lebih gelap berbanding ruang lain seperti tandas dan dapur. Oleh itu, warna yang diperlukan di kawasan tersebut adalah warna cat yang lebih terang.
Jika bilik tidur pula, anda disarankan untuk memilih warna yang tenang dan lembut supaya tidak membebankan mata anda apabila ingin tidur.
2. Cari Cat Harga Elok
Salah satu silap yang dilakukan oleh ramai orang adalah mereka akan terus memilih dan membeli produk yang paling murah tanpa mengambil kira kualiti.
Cat yang mempunyai harga yang sangat murah biasanya akan mengandungi banyak solven dari pigmen.
Ini bermaksud, warna tersebut akan nampak kurang apabila kering kerana kualitinya tidak baik. Ini akan memaksa anda untuk cat kawasan tersebut banyak kali supaya warna cukup.
Dengan ini, anda mungkin habis duit dengan lebih banyak kerana cat tersebut akan habis dengan sangat cepat kerana tidak dipakai dengan elok.
Oleh itu, pastikan anda tanya pekerja di kedai cat terbesar di Pantai Timur dulu tentang cat tersebut supaya dapat tahu tentang kualitinya.
3. Jenis Cat
Anda juga perlu mengambil kira jenis cat yang anda perlukan. Ini mengikut keperluan anda sama ada untuk cat luar rumah atau dalam rumah.
Ini kerana jika anda ingin cat luar rumah, anda perlu cat yang mempunyai resin yang lembut supaya ia boleh bertahan dengan perkara seperti cahaya matahari, jenis-jenis suhu dan air hujan.
Tetapi jika anda memilih cat yang sama untuk cat dalam rumah, ia adalah pilihan yang tidak baik kerana cat resin ini mengandungi wap yang tidak sesuai untuk dihidu oleh orang.
Ini sangat bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak kecil atau warga emas.
Oleh itu, pastikan dulu di mana anda ingin cat supaya dapat pilih jenis yang sesuai untuk ruang tersebut.
4. Cat Berkilat
Sebelum memilih cat di kedai cat terbesar di Pantai Timur, anda juga perlu memastikan anda ingin cat yang berkilat atau tidak.
Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara cat yang berkilat dan tidak. Berikut adalah perbezaannya:
- Gloss (cat berkilat)
Cat ini biasa digunakan untuk pintu dan perabot. Ia sangat kuat, tahan kotor dan senang dibasuh. Ia digunakan di kawasan tumpuan ramai orang.
- Flat (tak berkilat)
Cat jenis Flat senang disapu untuk nampak cantik. Jika ada tompok, ia tidak jelas. Ia senang kotor, jadi dan digunakan di kawasan tidak ramai orang seperti bilik tidur.
Hadamkan perkara ini di atas supaya anda dapat buat pilihan jika ingin cat gloss atau flat untuk ruangan rumah anda.
5. Cari Primer
Sebelum anda cat, anda juga disarankan untuk mencari cat primer atau sealer sebagai lapisan pertama sebelum bermula untuk letak warna yang anda ingin mahu.
Ia penting untuk memastikan permukaan ruangan itu sama rata dan untuk mengelakkan cat utama anda untuk meresap ke dalam permukaan.
Ia juga membantu untuk cat melekat dengan baik. Jika tidak, cat tersebut perlu diletakkan beberapa kali supaya melekat.
Anda boleh tanya pekerja di kedai cat terbesar di Pantai Timur untuk membantu anda mencari primer cat yang paling sesuai dan berkualiti.
Kesimpulannya, beberapa tips di atas dapat membantu anda semasa mencari barang-barang di kedai cat. Gunakan ia bagi mengelakkan diri dari ditipu dan terpengaruh semasa membeli.
Jangan Lupa Dapatkan Cat Rumah Berkualiti Di Ad Mega Hardware!
Selain dari cat, kami juga menawarkan penyelesaian untuk semua keperluan perkakasan anda termasuk bahan binaan, paip sink dapur dan banyak lagi.
Berikut adalah antara produk yang anda boleh dapatkan di kedai cat terbesar di Pantai Timur:
- Cat Hiasan
- Cat Kertas Dinding
- Cat Lantai Industri
- Perkakasan Paip
- Bilik Mandi & Aksesori Dapur
- Barangan Elektrik
- Alatan & Perkakasan Lain
Apa lagi anda tunggu? Sila ke laman web kami untuk maklumat lanjut.