09-626 3979

Hubungi Kami

Kuala Terengganu

Kampung Padang Paloh

Warna Cat Bilik Tidur Untuk Tidur Lebih Nyenyak

cat bilik tidur
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Adakah malam tanpa tidur menjejaskan kesihatan anda? Lapisan cat bilik tidur yang segar mungkin solusi mudah yang anda perlukan. 

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang sains di sebalik keperluan warna cat yang sebetulnya untuk kualiti tidur yang betul.

Selain itu, kami akan list-kan kepada anda warna cat bilik tidur yang sesuai dan tidak sesuai yang anda perlu elak. Teruskan membaca!

Kaitan Tidur Nyenyak dengan Pemilihan Cat Bilik Tidur

Ingat tak 3 warna utama yang kita belajar sewaktu kelas seni sekolah rendah dulu – merah, kuning dan biru?

Dengan mencampur sedikit warna hitam dan putih, tiga warna ini boleh dibentuk menjadi pelbagai tona warna.

Pelbagai warna dari campuran bold hingga soft, anda mempunyai berjuta-juta pilihan yang boleh dibuat. 

Warna adalah elemen penting, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada dalam bidang marketing. 

Rekaan logo McDonald’s yang berwarna kuning tidaklah dipilih secara kebetulan. 

Bahkan jika bertanya tentang logo berwarna hijau, rata-rata akan menyebut Petronas. 

Warna-warna ini dipilih dengan teliti kerana bukan sahaja untuk menarik perhatian tetapi apa yang boleh mempengaruhi persepsi pengguna. 

Sains warna sering dikenali sebagai  kromatik, atu kolorimetri. Secara asasnya, sains warna menitik berat tentang bagaimana warna boleh mempengaruhi mood dan tingkah laku manusia.

Roda warna yang mengandungi enam warna mendedahkan cara setiap warna mempengaruhi mood dan tingkah laku.

Setiap warna mempengaruhi mood dengan cara yang berbeza. 

Fenomena ini kemudian dieksploitasi dalam menjana hasil tertentu secara sengaja berdasarkan perasaan separa sedar. 

Cara lain untuk melihat bagaimana warna mempengaruhi apa yang kita rasa adalah melalui kehangatan atau kesejukan tona warna. 

Warna dilabel antara sejuk atau hangat, bergantung pada cara ia berkait dengan alam semula jadi dan naluri manusia. 

Contohnya, warna sejuk seperti biru, ungu, dan hijau dilihat terdapat pada warna air, rumput dan pokok kayu serta langit awal pagi. 

Sebaliknya, warna hangat (kuning, jingga dan merah) dilihat dalam api, matahari terbenam dan bunga. 

Sedikit sebanyak, warna-warna ini membolehkan kita mempunyai perasaan berbeza dengan kehadiran setiap elemen ini.

Begitu juga ada sebab mengapa pemilihan cat bilik tidur penting. 

Warna tertentu, seperti merah, boleh meningkatkan kadar adrenalin dan nadi. Ini membuatkan anda berasa gementar dan bertenaga, di mana ia tidak sesuai untuk cat bilik tidur.

Warna biru, memberikan suasana tenang dan melegakan selepas seharian di tempat kerja. 

Jadi, pilihlah warna yang sejuk seperti biru untuk mendapatkan persekitaran yang santai dan menenangkan supaya anda mendapatkan tidur yang nyenyak. 

5 Warna Bagus Untuk Bilik Tidur

1. Biru

Biru walaupun nada agak kusam, tetapi nada biru lebih cenderung untuk memberi kesan menenangkan pada otak.

Terdapat kajian di mana biru memberi kesan dalam memperlahankan pernafasan dan degupan jantung.

Walaupun mana-mana nada biru sesuai sebagai cat bilik tidur, Sue Peacock, seorang ahli psikologi, mengesyorkan ton yang lebih cerah untuk efek tenang yang lebih baik.

 

  1. Hijau

Walaupun biru ialah warna yang paling popular untuk mencipta suasana tenang, warna hijau tidak kurang juga mempunyai efek yang sama.

Oleh kerana hijau menonjolkan sifat semula jadi, Peacock berpendapat ia boleh meletakkan anda dalam keadaan santai.

Untuk itu, pilih tona hijau yang lembut seperti Sage Green. 

 

  1. Coklat 

Warna coklat pekat menenangkan, seperti secawan kopi hangat yang dihirup ketika musim hujan.

Coklat pekat membangkitkan rona tanah yang dijumpai dalam alam semula jadi. 

Ini membenarkan dinding keseluruhan bilik seakan diselubung, membolehkan anda berehat dan mengecas semula tenaga pada waktu malam. 

Pilih tona coklat pekat yang sedikit pudar untuk mendapatkan warna bilik tidur neutral yang versatil, melengkapkan tona hangat dan sejuk. 

 

  1. Kelabu

Bayangkan anda melangkah masuk ke dalam bilik tidur anda dan merasai perasaan tenang serta-merta menyelubungi anda, sama seperti merenung langit yang mendung, tetapi tenang. 

Inilah keajaiban memilih warna kelabu untuk dinding bilik tidur anda. 

Pilih rona pertengahan dengan nada sejuk untuk gabungan ketenangan dan kesejukan yang seimbang.

 

  1. Lavender

Veri peri bedroom color trend for 2022 Interior design of a space in lilac periwinkle or iris hues blank canvas wall for art Blank apartment or condo

Lavender, rona warna yang menjadi simbol mimpi dan pesona, mempunyai  kapasiti menakjubkan beralih antara tona hangat dan sejuk dengan elegan.

Ia seolah-olah rona pastel ini menyimpan rahsia senja, apabila kehangatan matahari beransur-ansur memberi laluan kepada angin malam memeluk dalam tidur. 

 

5 Warna Tidak Sesuai Untuk Bilik Tidur

 

  1. Merah

cat bilik tidur merah

Merah adalah salah satu warna yang paling bertenaga pada spektrum. 

Terkenal dengan kaitan sebagai simbolik cinta, tetapi ia juga mewakili peperangan, bahaya, dan kuasa. 

Warna merah adalah pigmen yang kuat sehingga ia boleh mencetuskan tona hangat. Disebabkan itu, merah bukan warna yang disyorkan untuk bilik tidur.

 

  1. Oren

Orange Bedroom with Plush Bedding Generative AI

Oren atau jingga mempunyai kesan yang sama seperti warna merah.

Ia mempunyai daya yang menyebabkan anda lebih bertenaga dan cenderung untuk berjaga.

Akibatnya, anda tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. 

 

  1. Hitam

Free photo black grunge abstract background pattern wallpaper

Menurut psikologi warna, hitam boleh melambangkan himpunan perasaan negatif termasuk kemarahan, ketakutan, kesedihan dan kematian.

Oleh itu, elakkan warna hitam. 

 

  1. Ungu

Mockup of black poster above fireplace in elegant bedroom interior with lamp next to bed

Ungu sering disinonimkan dengan inovasi, kuasa dan kemewahan. 

Chiazzari mendakwa oleh kerana ungu merangsang kreativiti, “tidur di dalam bilik ungu lebih berkemungkinan menggalakkan elemen negatif; mengakibatkan anda berasa letih pada waktu pagi.” 

Dengan begitu banyak sifat ketara yang dikaitkan dengannya, dinasihatkan untuk tidak mengecat bilik tidur dengan warna ungu.

Kesimpulannya, pemilihan cat bilik tidur yang sesuai boleh memberikan impak besar kepada kualiti tidur anda dan kesejahteraan keseluruhan.

Untuk itu, ia penting untuk memberikan perhatian pada warna yang tenang seperti biru, hijau, lavender dan sebagainya.

Warna-warna ini mendorong kepada ketenangan dan efek santai, yang secara tak langsung, menghasilkan persekitaran sempurna untuk tidur yang lena. 

Apabila anda sudah bersedia untuk mengubah suai bilik tidur anda dengan cat warna ini, kunjungi Ad Mega Hardware, sumber utama cat dinding berkualiti tinggi.

Dengan palet warna yang luas dan nasihat pakar, anda boleh mencipta persekitaran yang ideal untuk tidur malam yang lebih nyenyak. 

Jangan tunggu lagi, mimpi indah menanti anda!